Selalu kan kita dengar perkataan ini disebut? biasanya kita akan sebut perkataan ini dalam bahasa kita sebagai metabolisma. Tapi apa sebenarnya metabolisme ni? apa fungsi dan kegunaannya? penting ke untuk kita?
Jom baca kat bawah ni. Moga dapat beri sedikit pencerahan untuk kita bersama okay...!
metabolisme berasal dari perkataan Greek yang bermaksud perubahan atau transformasi. Dari segi fungsi tubuh dan pemakanan, metabolisme adalah jumlah tenaga atau kalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi-fungsi tubuh yang asas.
Tubuh kita sebenarnya membakar kalori dengan berterusan pada setiap ketika, bukan sahaja apabila kita bersenam, malah semasa kita tidur, menonton tv mahupun membeli belah. Sebagaimana sebuah kenderaan memerlukan minyak untuk menjana kuasa, metabolisme kita merupakan pengawal atau pengurus ‘minyak’ untuk tubuh kita.
Metabolisme bagi setiap individu berbeza. Ia bergantung kepada komposisi tubuh individu tersebut iaitu berdasarkan jumlah otot dan jumlah lemak di dalam tubuh. Tisu otot membakar atau menggunakan lebih banyak kalori untuk mengekalkan fungsinya berbanding dengan lemak.
Maka,mereka yang mempunyai banyak tisu otot akan mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai lebih banyak lemak.
Macam mana? SHARE kalau rasa info ni menarik ya..!
Biar ramai lagi lebih dapat belajar dan tahu ya...!!!